Mengenai Kami
OBJEKTIF PENUBUHAN
KOPERASI POLISAS KUANTAN BERHAD
KOPERASI POLISAS KUANTAN BERHAD
- Meningkatkan jenis dan jumlah jualan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh anggota, warga kampus dan masyarakat umum.
- Meningkatkan pulangan kewangan dalam bentuk dividen, bonus, rebet dan diskaun dengan kadar yang memuaskan kepada anggota.
- Meningkatkan faedah perlindungan kebajikan khairat/insuran secara percuma kepada anggota dan keluarga anggota.
- Meningkatkan program pendidikan dan latihan kemahiran pengurusan dan perniagaan secara percuma/subsidi kepada anggota.
- Meningkatkan program motivasi dan program akademik secara percuma subsidi kepada keluarga anggota.
- Meningkatkan nilai sumbangan/derma/hadiah/bantuan kebajikan yang bersesuaian kepada anggota, keluarga anggota, warga kampus, Politeknik dan masyarakat.
- Meningkatkan projek-projek pembangunan hartanah dan perniagaan bagi merangsang aktiviti ekonomi kepada koperasi dan negara.
- Meningkatkan pulangan kawalan dalam bentuk sewa dan premium kepada Politeknik.
- Memindahkan sebahagian besar tanggungjawab Politeknik bagi memelihara dan meningkatkan kesejahteraan serta keharmonian keluarga staf.