Agen Bank Rakyat

Koperasi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Berhad (KOPOLISAS) kini menyediakan perkhidmatan Ejen Bank Berdaftar Bank Rakyat / Rakyat CARE Bank Rakyat.

Rakyat CARE adalah ejen yang bertindak bagi pihak Bank Rakyat dalam menawarkan perkhidmatan perbankan asas sebagai kemudahan kepada pelanggan. Konsep Syariah yang digunakan bagi perkhidmatan adalah di bawah konsep Wakalah bilĀ Ujrah iaitu kontrak agensi yang melibatkan satu pihak memberikan mandat kepada pihak lain sebagai wakil untuk melaksanakan tugas tertentu.

Perkhidmatan yang ditawarkan boleh dirujuk dilampiran tertera.

* Waktu operasi Ejen Bank Rakyat di KoPOLISAS adalah seperti berikut:-

8.30 AM – 5.30 PM (1 PM – 2 PM Rehat) – Isnin hingga Khamis
8.30 AM – 5.30 PM (12.45 PM – 2.30 PM Rehat) – Jumaat

Leave a Reply

Your email address will not be published.